TEKNIK MEMBACA
1. Bacaan Mekanis
Bacaan Mekanis ialah bacaan bersuara dengan membunyikan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan jenis ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul dan bacaannya mengikut intonasi dan nada yang betul.
2. Bacaan Mentalis
Bacaan Mentalis ialah bacaan yang mempunyai kaitan dengan akal dan fikiran seseorang. Hal demikian setelah murid menguasai bahan bacaan dengan bersuara, mereka akan mula membaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara. Tujuannya adalah memahami maklumat dan idea yang terdapat dalam teks.
3. Bacaan Intensif
Bacaan Intensif ialah bacaan secara mendalam. maksudnya teknik ini akan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan menganalisis dalam perkara yang dibaca. Pembacaan Intensif ini akan menekankan ciri-ciri tatabahasa, pembentukan bahasa dalam pelbagai situasi.
4. Bacaan Ektensif
Bacaan Ektensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan diluar bilik darjah seperti bilik sumber atau perpustakaan. Bacaan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan asas bacaan kerana bacaan jenis ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan atau tidak langsung menambah kemahiran, pemahaman serta kepantasan membaca dalam diri murid.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca).
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya).
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
a. mengingat dahulu apa yang telah diketahui.
b. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui.
c. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih).
d. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan.
e. menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar:
a. mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca.
b. menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya.
c. menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K)
Apa yang sudah diketahui? |
Want (W)
Apa yang hendak diketahui? |
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh? |
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? |
Teknik Membaca SQ3R
No comments :
Post a Comment