Definisi
Kebolehbacaan adalah satu konsep yang
merujuk kepada tahap atau darjah susah senangnya sesuatu bahan untuk dibaca.
Bahan-bahan yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang
tinggi. Manakala bahan-bahan yang senang dibaca dikatakan mempunyai tahap
kebolehbacaan yang rendah. Tahap kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dapat
diukur apabila ia dibaca. Oleh itu, tahap kebolehbacaan sesuatu bahan itu
berbeza-beza bergantung kepada tahap kebolehan seseorang pembaca.
Tahap pembacaan murid
dan kebolehbacaan bahan
Terdapat tiga tahap pembacaan (kebolehan
murid membaca) yang ditubuhkan dalam bacaan dan kefahaman:
1.Tahap bacaan bebas (TBB)
Pembacaan tanpa bantuan atau bimbingan
guru. Pada tahap ini, murid dapat memahami makna perkataan dan ayat-ayat serta
keseluruhan teks atau petikan yang dibaca secra sendirian.
2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
Murid memerlukan bantuan atau bimbingan
guru untuk membaca. Pada tahap ini murid tidak dapat memahami teks yang dibaca
tanpa bantuan atau bimbingan guru.
3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
Menggambarkan murid menjadi kecewa dalam
pembacaannya. Pada tahap ini murid mendapati teks atau petikan yang dibaca itu
terlalu susah sehingga mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membacanya.
Tahap-tahap pembacaan ini boleh
disamakan dengan tahap-tahap kebolehbacaan bahan kerana pengukuran kebolehan
murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan adalah dijalankan serentak. Tahap
kesusahan atau kesenagan murid untuk membaca sesuatu bahan akan dijadikan
ukuran kepada tahap kebolehbacaan bahan. Oleh itu, tahap kebolehbacaan bahan
dapat dibahagikan kepada tiga tahap:
1.Tahap bacaan bebas (TBB)
Tahap
sesuatu bahan itu dapat dibaca dengan senang tanpa bantuan guru.
2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
Tahap
sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami tanpa bantuan atau bimbingan
guru.
3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
Tahap
sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami langsung sehingga
mengecewakan.
Kesimpulannya, terdapat tiga tahap
pembacaan atau kebolehan murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan-bahan
bacaan. Tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut:
Tahap kebolehan murid membaca
|
Tahap kebolehbacaan bahan
|
TBB
TBP TBK |
TBB
TBP TBK |
No comments :
Post a Comment