Pages

Saturday, 18 May 2013

Apa itu Membaca?

Raja Abdullah mendefinisikan membaca sebagai satu kemahiran atau kebolehan menterjemah huruf-huruf dan ayat-ayat kepada makna supaya dapat difahami dan dihayati sebagaimana yang hendak disampaikan oleh penulis (Raja Abdullah 1995:2). Selain itu, ada pihak yang beranggapan pembacaan hanya meliputi kebolehan mengenal dan kemudian menyuarakan huruf serta perkataan-perkataan yang bercetak. Ada golongan yang menekankan kebolehan seseorang itu membaa dengan lancar serta dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Buat masa ini, ramai penyelidik mengatakan pembacaan adalah satu proses yang kompleks kerana meliputi kebolehan mendapatkan satu interprestasi daripada bahan bacaan yang dibaca (Safiah 1990:3). Menurut pandangan golongan terakhir ini, pembacaan adalah proses berkomunikasi secara langsung di antara pembaca dan bahan bacaan, dan secara tidak langsung dengan penulisnya.

Teori Membaca


Teori Memindahkan Maklumat

Teori yang berasaskan pandangan  La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran yang khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.

Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya sedemikian. Selalunya kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.

Teori Membaca Secara Automatik

La Berge dan Samuel (1974) menganjurkan teori membaca secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, model ini juga menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecamkan perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, Sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca.

Sehubungan dengan itu, model ini meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. Oleh itu, ketika membaca teks pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.

Teori Kecekapan Verbal

Perfetti (1985,1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan.

Berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Bertambah efisien seseorang pembaca dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber ingatan bagi rujukan. Selain daripada itu, teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada  perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield, 1997).
Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.

Berdasarkan teori membaca di atas, nyata wujud kepentingan membaca bagi tujuan pemahaman dan kelancaran pembacaan. Dalam kajian ini, penggunaan teori membaca yang melibatkan ciri automatik dan kecekapan penggunaan perbendaharaan kata membantu keberkesanan penguasaan membaca.


MODEL TEORI BOTTOM-UP

  • Bottom-up bererti dari bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju ke atas (otak/kepala). Menurut teori ini teks adalah yang menentukan pemahaman seseorang pembaca.  

  • Menurut (Harris & Sipay, 1980), membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, perincian, rangkaian persepsi  identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.

  • Menurut (Harjasuna, 1996), pula tugas utama pembaca menurut teori ini adalah proses mengekod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa. 

  • Menurut (Brown, 2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata frasa, petunjuk gramatika dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna.




MODEL TEORI TOP-DOWN


  • Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan dikembangkan oleh Goodman (1976). Model ini melihat membaca adalah sebahagian dari proses pengembangan skema seseorang yakni pembaca secara terus-menerus menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang dibuat sendiri pada saat proses membaca berlangsung. 

  • Proses membaca model ini dimulai dengan hipotesis dan prediksi-prediksi kemudian memverifikasinya dengan menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.

  • Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan strategi yang didasarkan pada penggunaan petunjuk semantik dan sintaksis, dimana untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat menggunakan petunjuk tambahan yang berupa kompetensi berbahasa yang ia miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan peranan penting dalam membentuk makna bacaan. 

  • Jadi teori Top-down dapat disimpulkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam memahami bacaan.





MODEL TEORI INTERAKTIF

  • Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengadopsi pendekatan top-down untuk memprediksi makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis. Maknanya kedua model tersebut terjadi secara spontan ketika proses membaca.

  • Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimah dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca. 

  • Menurut (Rubin,1982), proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal. Pendapat ini mengisyaratkan bahwa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam masa yang sama. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif merespon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

  • Model interaktif merupakan proses aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor yang bertujuan untuk memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan bacaan dalam peristiwa membaca.




MODEL TRANSAKSIONAL

  • Membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa / konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca, dan teks.


  • Membaca adalah "aktiviti memilih." Pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau penimbulan. 


  • Pendirian kita ke arah membaca mungkin efferent (saintifik, membaca untuk info) atau estetik (seni, perasaan). Namun demikian, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang mereka akan perolehi daripada teks itu.


  • Pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya mengalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk membuat makna mereka sendiri.

Teknik-teknik Membaca


TEKNIK MEMBACA

1. Bacaan Mekanis

Bacaan Mekanis ialah bacaan bersuara dengan membunyikan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan jenis ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul dan bacaannya mengikut intonasi dan nada yang betul.

2. Bacaan Mentalis

Bacaan Mentalis ialah bacaan yang mempunyai kaitan dengan akal dan fikiran seseorang. Hal demikian setelah murid menguasai bahan bacaan dengan bersuara, mereka akan mula membaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara. Tujuannya adalah memahami maklumat dan idea yang terdapat dalam teks.

3. Bacaan Intensif

Bacaan Intensif ialah bacaan secara mendalam. maksudnya teknik ini akan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan menganalisis dalam perkara yang dibaca. Pembacaan Intensif ini akan menekankan ciri-ciri tatabahasa, pembentukan bahasa dalam pelbagai situasi.

4. Bacaan Ektensif

Bacaan Ektensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan diluar bilik darjah seperti bilik sumber atau perpustakaan. Bacaan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan asas bacaan kerana bacaan jenis ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan atau tidak langsung menambah kemahiran, pemahaman serta kepantasan membaca dalam diri murid.

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; 

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca). 

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca). 

L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca). 

H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya).

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;

a. mengingat dahulu apa yang telah diketahui.

b. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui.

c. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih).

d. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan.

e. menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar:

a. mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca.

b. menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. 

c. menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.


Know (K)
Apa yang sudah diketahui?
Want (W)
Apa yang hendak diketahui?
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh?
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?






Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey)     tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read)       baca

R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review)   baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks.


Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.


Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Friday, 10 May 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN





Kebolehbacaan
Definisi

Kebolehbacaan adalah satu konsep yang merujuk kepada tahap atau darjah susah senangnya sesuatu bahan untuk dibaca. Bahan-bahan yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi. Manakala bahan-bahan yang senang dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah. Tahap kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dapat diukur apabila ia dibaca. Oleh itu, tahap kebolehbacaan sesuatu bahan itu berbeza-beza bergantung kepada tahap kebolehan seseorang pembaca.

Tahap pembacaan murid dan kebolehbacaan bahan
Terdapat tiga tahap pembacaan (kebolehan murid membaca) yang ditubuhkan dalam bacaan dan kefahaman:

1.Tahap bacaan bebas (TBB)
Pembacaan tanpa bantuan atau bimbingan guru. Pada tahap ini, murid dapat memahami makna perkataan dan ayat-ayat serta keseluruhan teks atau petikan yang dibaca secra sendirian.

2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
Murid memerlukan bantuan atau bimbingan guru untuk membaca. Pada tahap ini murid tidak dapat memahami teks yang dibaca tanpa bantuan atau bimbingan guru.

3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
Menggambarkan murid menjadi kecewa dalam pembacaannya. Pada tahap ini murid mendapati teks atau petikan yang dibaca itu terlalu susah sehingga mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membacanya.

Tahap-tahap pembacaan ini boleh disamakan dengan tahap-tahap kebolehbacaan bahan kerana pengukuran kebolehan murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan adalah dijalankan serentak. Tahap kesusahan atau kesenagan murid untuk membaca sesuatu bahan akan dijadikan ukuran kepada tahap kebolehbacaan bahan. Oleh itu, tahap kebolehbacaan bahan dapat dibahagikan kepada tiga tahap:

1.Tahap bacaan bebas (TBB)
         Tahap sesuatu bahan itu dapat dibaca dengan senang tanpa bantuan guru.
2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
         Tahap sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami tanpa bantuan atau bimbingan guru.
3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
         Tahap sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami langsung sehingga mengecewakan.

Kesimpulannya, terdapat tiga tahap pembacaan atau kebolehan murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan-bahan bacaan. Tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut:
Tahap kebolehan murid membaca
Tahap kebolehbacaan bahan
TBB
TBP
TBK
TBB
TBP
TBK